7 Nov 2015

KARKAS #205: BERANGAN ADA RINDU PUN ADA

Dia menawarkan cinta. Entah sejak bila, aku tidak terlalu pasti. Mungkin saja saat pertama kali bertemu di Stadium, atau saat dia menawarkan air di Jalan Tun Haji Openg, atau untuk kali pertama dia memegang tanganku saat berjalan di malam merdeka, atau ketika dia menunjukkan buku yang paling aku suka, atau kali pertama dia memelukku dengan erat dan mengucapkan "esok, lusa, tulat kita jumpa lagi." Aku hanya diam, terpaku. Bersamanya adalah keindahan, buat aku yang membosankan. 

Mengapa sekarang dia menawarkannya? 

"Awak betul nak balik ke sana? Selamanya?"

"Macam itulah, siapa lagi nak ceriakan rumah sejak abah dengan mak meninggal, adik-beradik takde."

"Boleh saya ikut?"

"Boleh, tetapi tiada apa pun yang romantis. Adanya sungai depan rumah, penuh luka."

"Ada awak, sudah cukup."

Aku menghantar dia hingga depan balai pelepasan. Dengan janji yang tidak kuharap akan ditepati untuk mengunjung dia di kampung. 

Payah juga realiti tanpa dia, perit yang aku langsung tidak fikir.

*********

Kami melepaskan rindu yang luas itu hanya di sebuah kafe di bandar paling kotor dengan dosa. Ada beberapa garis, mungkin kaca yang terpahat di sudut matanya. Garis yang pernah menjadi duka, mungkin dia rindu aku. Entah siapa yang mungkin membuatkan garis kaca itu kembali. 

*********

Saat malam membelah, saat aku terjerat dalam bait-bait malam yang merenung kaca jendela. Aku lihat sebuah sms dari dia,

"."

Harapan yang lama aku tunggu, menemukan dengan mereka berdua. 

Tapi malam itu aku langsung tidak senang hati, dalam bimbang aku cuba untuk tidur dengan penuh ragu. Waktu malam yang dia cari aku.

Dia tahu rasa rindu Abah dengan Mak, dia satu-satunya anaknya dan berjauhan. 

Belum sempat ditakdirkan Allah untuk dia berjumpa dengan Abah dan Mak pada hari ulang tahun kelahiran, mereka pergi. Benda paling berat yang harus dia terima. 

*********

Aku masih terjaga pagi. Bersama lantunan kalam Al-Quran yang bergema di sudut kamar tidurku, isteriku membacanya penuh khusyuk. Aku menatap nada-nada bacaanya melalui kemerduan suara indah. 

Itu mimpi semalam, hampir buat aku terlupa dunia. Di waktu itu, selang beberapa bulan jauhnya aku dan dia, hujan mula turun, dan celaka, aku lupa curi-pinjam (pulang esok) payung tadi. 

Inilah cinta, bukan obses yang selalu wujud bila aku berjalan. Antara mahu atau tidak, dia mesti baca, kalau tidak rinduku hanya imaginasi gersang yang tidak pernah lapar. 

Jawapan yang dia balas cuma, "Kita kena pasrah dengan apa ketentuan Allah, itu tugas dia. Kuatkan semangat awak."

Jalan akhir, jalan yang lurus untuk mencintaimu.

****

No comments:

Post a Comment